Salam...
Hari ni nak sambung cerita tentang bapak lagi...sapa nak baca part 1 klik sini yea... esoknye hari kedua (Sabtu) bapak dekat wad macam-macam ujian die kena lalui...pertama Ultrasound...hasil dari ujian ultrasound doktor cakap nak buat ujian Colonoscopy...
Ujian Colonoscopy dibuat pada hari ketiga (Ahad) bapak dalam wad sebab sebelum proses Colonoscopy boleh dilakukan perut bapak perlu dikosongkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya dalam masa 6 jam...doktor ada bagi bapak makan ubat ape ntah untuk proses mengosongkan perut bapak...malam tu dekat 10 kali jugak la bapak ulang alik g toilet...sampai letih la die...malam tu jugak bapak kena puasa...sian sangat tengok keadaan dia...lemah aje...
Apa itu Colonoscopy
Colonoscopy adalah prosedur yang memungkinkan seorang doktor atau pakar gastroenterologist untuk mengevaluasi atau mendeteksi
lapisan bagian dalam kolon (usus besar) dan rectum.
Usus besar atau dalam bahasa perubatan disebut kolon, adalah bahagian akhir saluran pencernaan sebelum anus. Fungsi utamanya adalah menyerap air dan garam dari tinja. Selain itu, usus besar juga tempat fermentasi atau pembusukan tinja dengan bantuan bakteri penghuni normal usus besar.
Usus besar dapat mengalami berbagai macam gangguan atau kelainan, misalnya polip, tumor, infeksi, ulkus, dan lain-lain. Jika hanya diraba dari luar, dari dinding perut, maka sebagian kelainan tersebut tidak dapat terdeteksi. Untuk itu perlu dilakukan pemeriksaan untuk melihat secara dekat dinding usus besar dengan colonoscopy.
Colonoscopy di lakukan dengan sebuah tabung fleksibel yang panjang yang di sebut Colonoscop dengan sebuah kamera serat optik fleksibel yang di hubungkan dengan sebuah monitor sehingga memungkinkan doktor untuk memvisualisasikan seluruh usus besar. Colonoscopy dapat menjangkau seluruh bahagian kolon dan rektum.

Hasil ujian Colonoscopy doktor dapati usus sebelah kiri bapak rosak atau djangjiti kuman
sepanjang 6.5 meter...sebab itu bapak mengalami masalah untuk buang air
besar dan sering kembung...banyak toksik dalam perut bapak...tapi bapak
perlu jalani satu ujian lagi sebab ujian Colonoscopy hari tu hanya boleh dibuat pada usus sebelah kiri bapak aje...kamera tak dapat menembusi usus yang rosak sebab doktor bimbang usus itu pecah or berlaku sebarang kerosakan yang lebih teruk nanti...semasa ujian Colonoscopy, doktor ada amik sel usus bapak untuk ujian biopsis...
Biopsis bermaksud doktor mengambil sedikit sempel sel yang di tempat yang kelihatan tidak normal dan dihantar ke makmal untuk tujuan analisis
Pagi keesokan harinya iaitu hari keempat (Isnin) bapak dalam wad kami dipanggil oleh doktor untuk sama-sama tengok video semasa ujian Colonoscopy dilakukan keatas bapak...sayangnya saya tak sempat nak tengok video ini sebab pagi itu saya dan en suami datang lewat sikit ke hospital...adik beradik saya cakap sangat real nampak usus bapak yang rosak tu...
Keadaan bapak masa hari ni tak berapa sihat sebab sakit dekat bahagian dubur hasil ujian Colonoscopy...sebenarnye bukan la sakit pun cuma bapak cakap die rasa tak berapa selesa...baring je dia satu hari...=(
Kami adik beradik amik keputusan stay tunggu hasil ujian keadaan bapak...terpaksa kol office minta kebenaran cuti kecemasan...en suami pun sama terpaksa cuti...nasib baik bos masing-masing memahami keadaan kami...
Hari ke lima (Selasa) ujian seterusnya di lakukan...ujian CT Scan + ape ntah...maaf la saya lupa sangat sebab term medical ni amat susah untuk di ingati...huhu...sebelum ni kalau tak silap saya masa hari kedua bapak dah jalani ujian CT Scan yang biasa aje...tapi hasilnya doktor tak berpuas hati...so, ujian kali ni ditambah dengan satu proses lagi...yang saya ingat doktor cakap pakar X-Ray akan bagi bapak minum satu cecair pewarna lebih kurang 3 gelas air untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci...
Petang hari kelima doktor sekali lagi panggil kami adik beradik ke bilik nye...hasil ujian CT Scan yang terakhir sudah keluar...masa ni hanya Allah yang tahu hati dan perasaan kami adik beradik...doktor cakap Alhamdulillah, good news sebab hanya usus sebelah kira yang rosak sikit...tempat lain ok...tapi usus sebelah kiri yang rosak tu perlu dibuang melalui pembedahan...so, selepas ini kami perlu merujuk kepada pakar bedah pulak untuk proses pembedahan...
Kami juga diminta untuk menderma darah sebab darah bapak kurang...ini lagi satu dugaan yang kami adik beradik hadapi...saya, en suami, akak-akak saya dan abang tak dapat menderma darah...en suami, abang dan akak sulung saya tiba-tiba tekanan darah jadi tinggi...mungkin sebab stress dan tak cukup rehat sebab biasa sebelum ini ok je tekanan darah masing-masing...akak no 3 lak tengah period so tak boleh menderma...saya baru lepas operation, lepas setahun baru boleh menderma...dugaan betul...
Emmm, panjang lak bercerita...nanti saya sambung lagi part last lak yea...
No comments:
Post a Comment
Thanks for droppin' the comments.