ChurpChurp

Nuffnang ads

Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Thursday, 8 November 2012

Kisah Seram Balik Kampung Betui Punya

Salam...

Kali ni saya nak cerita pengalaman seram saya yang betui punya...bukan cerita lawak lagi macam entry lepas...hehe...pengalaman seram masa saya dan en suami balik kampung masa baru-baru kawen aritu...cuti raya cina kot...

en suami lak kalau nak balik kampung die suka drive waktu malam...selalu dalam pukul 10 lebih kita orang baru bertolak balik...kalau drive waktu siang mengantok katanye...lagi pun drive malam sejuk dan enjin kereta pun tak cepat panas...=)

Kita orang balik Kedah, so mesti lalu highway Jelapang tu kan...biasa orang cakap kawasan situ memang selalu berlaku kemalangan ngeri...malam kejadian tu kita orang sampai kat tol Jelapang rasanya lebih kurang pukul 3 pagi kot...lepas je tol Jelapang saya pandang kiri nampak satu kereta buruk sangat...perlahan je kat sebelah kereta kita orang...lampu kereta tu ade yang pecah, lampu signal pun tergantung macam dah nak tercabut je...macam kereta baru lepas kemalangan...

Saya masa tu tak pikir benda pelik lagi, so mulut gatal ni pun tanya la en suami..." eh tengok kereta tu, macam baru lepas kemalangan je...lampu pun dah nak tercabut...boleh ke die nak lalu laluan bukit yang bersimpang siur kat depan jab lagi tu ? "...en suami pun tengok tapi dia tak cakap ape-ape pun...

Lebih kurang 1 minit lepas saya tanya en suami je saya rasa seram sangat...sejuk badan saya...tengok kat luar tak de kereta lain pun selain kereta kami ngan kereta buruk tu...jalan sebelah lagi yang menuju ke Kuala lumpur pun tak de kereta...Ya Allah, masa ni hanya tuhan yang tahu betapa takutnya saya...nak pandang seat belakang pun tak berani...cepat-cepat saya pejam mata baca ayat Kursi semua...

Alhamdulillah, buka je mata keadaan dah jadi lain...kereta semakin banyak kanan kiri kita orang...dan semestinya kereta buruk tu pun dah xde...saya tak tahu la kereta itu kat belakang sebab die lambat atau kereta tu menghilang macam tu aje...

En suami terus berhenti dekat hentian seterusnya...terdiam kita orang sekejab...lepas tu en suami pesan kalau nampak benda pelik jangan cakap ape-ape...buat tak tahu je...adui, nak menangis saya rasa masa tu...rasa nak cepat-cepat sampai je...

Lepas kejadian tu setiap kali balik kampung saya mesti teringat setiap kali lalu kawasan tol Jelapang tu...rasa nak pejam mata je setiap kali sampai tol Jelapang...tapi Alhamdulillah, kejadian tu tak pernah berulang lagi...cuma setiap kali balik kampung saya akan cuba sedaya upaya tak tidur untuk teman en suami drive...tapi kadang-kadang tertidur jugak...=)

Inilah pengalaman seram pertama saya...mintak-mintak lepas ni tak de lagi dah...tak sanggup dah saya nak menghadapinye...hehe...korang rasa seram ke tak???...heheh

Wednesday, 7 November 2012

Kisah Seram :: Balik Kampung

Balik kampung..

"Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz.... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni...". "Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......" "tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya...... 

"emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh. Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung "emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Aziz terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib......" namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya "aaaarghhhh.......ngarut jer...mana ader hantu .... sekarang ni zaman internet jer ...sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... 

Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya...... "Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semangkin hampir.......,dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. "orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. 

Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... " segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta..."terima kasih nak" kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........

 "aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar...... "sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula......."yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya..... 

"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!" tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz. "hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii.........." mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....





















    "ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!" HE HE HE