ChurpChurp

Nuffnang ads

Tuesday 31 July 2012

Sepuluh Amalan Yang Terbalik

Salam...

Untuk renungan kita bersama...

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
 
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
 
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
 
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
 
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
 
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
 
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
 
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
 
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
 
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
 
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
 
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: ���Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.���
(Riwayat Bukhari)

Monday 30 July 2012

Ramadhan Day 9

Salam....

Puasa hari ke 9 baru saya masak memasak...maklum la en suami pengarang jantung hati da balik kan...hehehe...best pulak rasanya dapat berbuka dengan lauk masakan sendiri...rasa sangat suasana bulan ramadhan...sebab dalam kul 5 tu da sibuk-sibuk dekat dapur...saya suka....=)

tak de la masak yang gempak-gempak sangat pun.masak makanan yang diminta oleh en suami je...rasanya kul 7 baru selesai aktiviti masak memasak saya...huhu...penat tapi syok tengok en suami makan dengan selera sekali...hilang segala penat lelah...tambah lagi dia puji sedap nya isteri saya masak...hahah...kembang semangkuk jadinya...=)

saya masak sup ayam, sambal sotong dan goreng ikan pekasam...ikan pekasam tu mak mertua saya yang buat...sedap...sebelum ni saya tak makan ikan pekasam...ntah rasa masam sangat macam nasi yang da basi....huhu...tapi sejak kawin ni cuba makan ikan pekasam mak mertua saya buat ni sedap lak....mak mertua saya pancing ikan dekat sungai depan rumah taw....itu yang fresh rasa ikan die...heheh...ikan bakar tu beli dekat bazar...

kuih ni pun beli kat bazar...makan sampai kui 12 tengah malam baru habis...Alhamdulillah cukup la untuk kami berdua...=)

Saturday 28 July 2012

Resepi Macaroni Cheese

Di kala tengahari yang redup cuacanya di tempat saya ini, saya nak tunjukkan satu resepi yang sangat mudah....macaroni cheese mudah & sodappp namanye...hehe...kepada yang berpuasa tue tengok gambar hujung-hujung mata da la yea...nanti kang menitis air liur lak...hahah...macam la sedap sangat yea....tapi saya suka sebab senang nak buek dan sodappp....en suami yang tak suka makan makanan macam ni pun boleh layan taw...sikit lagi nak sama dengan macaroni yang dekat kenny rogers tue...=) pecubaan pertama saya ni...alhamdullilah berjaya gak...huhu


Resepi : Macaroni Cheese Mudah & Sodappp

Bahan-bahan (untuk 3@4 orang makan)
Macaroni elbow or ape-ape bentuk pun boleh
sekotak susu segar ( saya beli yg dutch lady kotak kecik 2)
cheese ( saya guna chesdale cheese je )
tepung gandum 2 sudu besar
butter 2 sudu besar
garam
pepper

Cara- cara
rebus macaroni selama lebih kurang 11 minit...masukkan sedikit minyak ngan garam sebab tak nak bagi macaroni tu melekat-lekat...da siap angkat,  curah air paip dan toskan...
panaskan periuk korang, masukkan butter...gunakan api yang kecik yea
da cair masukkan tepung gandum...kacau jangan sampai berketul-ketul
pas tue masukkan susu...kacau sampai didih sikit...
last masukkan cheese...brape keping cheese ikut korang la...kacau lagi...
tuang atas macaroni....nak taburkan sedikit pepper atas macaroni pun boleh...da siap....

macaroni saya...sodappp
sangat sesuai dimakan oleh sesiapa yang ingin menternak lemak....hahah
selamat dah jadi lemak dalam tummy saya...=)





Ramadhan day 2

Walaupun hari ni dah 8 hari kita berpuasa tapi saya baru nak cerita tentang puasa hari ke dua...haha....alasannya adalah kerana gambar baru je di transfer...hehe...cable transfer baru dijumpai setelah beberapa hari menghilangkan diri nya....huhu

Hari ke-2 puasa saya berbuka ngan akak dekat luar...kitaorang berbuka 2 orang je...sebab dua2 single buat seketika...heheh...kitaorang berbuka dekat kedai Asam Pedas Power kot...ehhh,saya tak sure la nama kedai tu asam pedas ape...heheh...yang pasti kedai tu jual aneka jenis asam pedas....dekat area Seksyen 7...kedai nye satu bangunan dengan hailam kopitiam....

Akak saya ni dia hantu asam pedas...asal nampak kedai jual asam pedas je mesti nak try...tp kedai ni asam pedas die tak berapa mabeless la...kuah die sangat pekat dan rasanya macam kurang sesuatu...ini ikut tekak kitaorang berdua la yea....tapi service memang terbaik....laju je...huhu...ape pun syukur dengan rezeki hari tu sebab akak saya yang belanje...=)

oder asam pedas sampai dua, last2 makannya satu je satu lagi tapau untuk sahur

  
kangkung goreng sotong dengan telur dadar
asam pedas ikan tenggiri...
air saya...air apple asam boi....sangattttt sedappppppppp air ni....=)
akak saya punya air...snow cendol...biasa-biasa aje...tapi saya tak rasa pun...dia yang cakap...tak terasa nak rasa sebab air saya sangat sedap....hehe

Friday 27 July 2012

Jumaat yang indah

salam...

aduiii...nyaman betul udara kat dalam opis arini...
sejuk membeku hingga ke tulang...huhu
nak wat keje pun rasa sangat malas...rasa nak cepat-cepat balik je...
tapi ade lagi 4 jam nak kene tunggu nih...lama lagiiiiii oooiiiii....
ari jumaat selalu cam ni la mood saya...malas nak buat keje...hehe...
member kat sebelah saya ni pun sama kot...kan kak yana...hahah
entah bila nk hilang perangai burok ni...
otak rasa sangat tak nak berfungsi dengan cepat kalau ari jumaat...haha...alasan nieee...=)
mood nak cuti melebihi segalanya...hehe
k lah...nak buang dah perangai buruk ni...
so nak continue buat keje dah...bye...heheh

Wednesday 25 July 2012

Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan 1 Malaysia

Dengan ini diumumkan bonus raya untuk kakitangan kerajaan sebanyak separuh dari gaji weiiiiiiii....wah syok la depa yang dapat tu kan...raya sakan la no...kami yang tak dapat ni tak dapat la nak raya sakan cam depa la...nasib badan...huhuhu...kami bonus raya tak dak la kot, duit raya dapat la...tu pun ciput...heheh....ada sapa-sapa keja SPA tak...ada keja kosong tak kat mana-mana jabatan kerajaan....saya mauuuu....=)

majlis bertunang...08 Januari 2011

Tadi tertengok gambar tunang saya ngan en suami...pastu terus rasa nak tulis kat dalam blog untuk tatapan korang...hahah...eh xla, untuk kenangan saya masa-masa depan nanti la...kalau ada masa nanti semua-semua benda yang lama dulu semua saya nak abadikan dalam blog comel saya ni...tapi ikut kerajinan saya la...hehe

Kami bertunang 08/01/2011 dan saya tak ingat dah hari ape...tapi yang pasti nya hari sabtu@ahad la...malas nak g tengok kalendar...huhu...majlis nya buat kecik-keik je...jemput sanak saudara dan kawan-kawan saya je...kita orang bertunang lepas waktu zohor...rombongan meminang saya datang dari Pendang ye...lebih kurang 5biji kereta gak la...maklumla saya kan dok oversea so, susah sikit la nak datang ramai-ramai...hehe...

ni la sebahagian dari rombongan yang datang meminang saya aritu...masa ni saya kat dalam bilik lagi...tengah berdebor-debor tunggu perbincangan kedua belah pihak....=)


Selesai sudah semuanya...selamat sudah saya menjadi tunangan orang pada waktu ini...hehe...sebenarnya saya sakit mata masa saya tunang aritu...dekat 2 minggu saya kena...3 kali saya g jumpa doktor cakap nak ubat yang paling mujarab sebab saya nak cantik masa majlis tunang saya...hehe...gelak doktor kat saya taw...tapi apa kan daya masa majlis ni mata saya tetap bengkak...tengok la gambar saya mesti korang perasan...biji mata saya pun merah sangat aritu....kurang dah sikit kecomelan saya...hahahah...tapi apa pun Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat....tengok la gambar kat bawah ni puas-puas...jangan tengok mata saya dah, nnti jangkit kat korang....=)

family saya...tapi xcukup korum g ni...


kami 5 beradik perempuan
kawan2 terbaik saya....=)

cantik kan gambar kawan kepada kawan saya amek ni kan...saya tolong jadi model dia, so free je taw...untung la saya...hehe...sebab tu saya sangat suka gambar saya masa tunang....santek...banyak lagi sebenarnya gambar tapi saya da malas nak upload...cukup la kan, jemu dah korang....heheh

rindu si dia

salam semua....

arini dah masuk 5 ramadhan dah kan...cepat je masa berlalu sekarang...tapi kan en suami saya masih outstation lagi...sedih la saya kena dok umah sorang-sorang...bosan yang amat sangat rasanya...en suami pun kesian ari-ari kol cakap letih dan cakap tak sabar nak balik...huhu...rindu saya la tewww...hahaha...

sepanjang puasa ni saya xde masak yang best-best lagi pun sebab tu tak de gambar nak tunjuk kat korang...=) masak best-best pun tak de orang nak makan dan puji cakap saya masak sedap, buat ape kan...so, kena tunggu tukang makan masakan saya balik la...baru la semangat nak masak saya datang...ehehe

sebenarnya just nak cakap saya rindu sangat kat en suami saya tu...first time lepas kawen dia tinggal saya lama-lama ni..haisshhh, dugaan betul...harap-harap esok jadilah dia balik ke pangkuan isteri dia yang kesepian ini....=)

windunya kat muncit saya ni...

Monday 23 July 2012

Pergi Yang Tak Mungkin Kembali Lagi

salam...

Dengan jelas dinyatakan bahawa Kematian itu pasti...kematian harus dihadapi oleh setiap insan yang hidup di muka bumi Allah ini...ia merupakan suatu pengakhiran yang wajar dan nyata....Abang iparku telah kembali ke rahmatullah pada 10 Julai 2012 lebih kurang pukul 10lebih pagi...

Buat kakak ku, bersamalah kita bersabar dalam menempuh ujian ini...pasti sukar buatmu untuk melalui hari-hari yang akan datang tanpa teman istemewa/suami di sisi....tapi ketahuilah bahawa dia sentiasa bersamamu...kakak ku kau telah melakukuan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang terbaik sehingga akhir hayat suamimu...pasti suamimu bersyukur mempunyai isteri sepertimu walaupun terpaksa meninggalkan mu didunia ini...sekarang hanya doa yang perlu kau hadiahkan buat suamimu agar ia tenang dan aman disana...doakan lah semoga kalian bertemu di alam yang kekal nanti....

Buat adik, kakak dan mak abang iparku,
tabahkan lah hati kalian untuk meneruskan kehidupan ini...ku tahu ujian ini agak berat buat kalian...tetapi ketahuilah bahawa pasti ada yang lebih baik yang telah dirancang oleh Nya buat kalian...bersama samalah kita teruskan segala usaha yang ditinggal kan oleh arwah...jagalah kakak ku seperti kalian menjaga abang kalian...kita umpama sebuah keluarga dari dahulu hingga akhir...

Semoga roh abang ipar tenang dan aman di alam sana yang pasti kekal abadi...Ketahuilah walaupun amat sukar bagi kami untuk menhadapinya tapi doa kami akan sentiasa bersama kamu...kenangan bersama kamu akan kami kenang sampai akhir hayat...apa yang telah dirancang dan diatur oleh Nya adalah yang terbaik buat semua...moga tuhan tabahkan hati kami semua untuk menempuh ujian ini....Minta jasa baik teman-teman sekalian sedekahkan Al-Fatihah dan doa buat arwah....

kisah penuh arwah...http://polkadotfiza.blogspot.com/2012/06/abg-ipar-di-icu.html

Sunday 22 July 2012

1st Ramadhan 2012

salam...

korang berbuka ape puasa hari pertama nie...mesti masak sedap-sedap kan...alahai, jeles sayeeee...huhu...kalau en suami ada mesti saya masak-masak dah untuk berbuka hari pertama ni...tapi disebabkan die xde so, penyakit M pun berjangkit kat saya lah...hahah...lagi pun kalau masak past tue makan sorang-sorang sangat la xsodaappp...kannnn...

so, plan ngan my sis nak berbuka kat luar je...lagi pun dia nak g PKNS jab nak g outlet Avon beli barang...so kitaorng pun plan nak buka area Sacc Mall je la...sekali pusing punya pusing xde satu kedai makan pun yang menarik...huhu...

plan kedua beli kat bazar ramadhan then balik berbuka kat rumah je la...senang and selesa...heheh...1st kita org jalan dekat bazar ramadhan area belakang PKNS tu...masyaAllah, ramai betul umat manusia...nak beli ape pun tak tahu...last2 dua-dua orang beli nasi kerabu...itu je kita orang beli...nak beli kuih semua dah tak sanggup nak jalan lagi...xpe, kita beli kuih kat bazar sek 7 bawah rumah saye je la...huhu

then jalan lak kat bazar bwh rumah saya...dekat sini pun ramai gak orang...kat sini pun just beli popia, agar-agar sket, kuih pau kacang ngan air tebu je...pastu my sis beli lauk asam pedas untuk sahur nanti...agak-agak membazir tak ari pertama ni yea...saya rasa cam tak je...sebab semua nye abis kita orang makan...Alhamdulillah, sangat kenyang pas berbuka tu...=)

nasi kerabu sedap...pic by google...=)

Ramadhan pertama saya sebagai isteri

salam ramadhan untuk semua....=)

sekejap je da sampai bulan ramadhan yang mulia ini...bulan yang paling mulia di sisi Allah...dan bulan yang paling di nantikan oleh semua  umat Islam...banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan ini...=)....then pejam celik pejam celik pasni nak raya lak kan...huhu...tak sabar nak raya sebenarnye ni...eheee

tahun ini merupakan tahun pertama ramadhan sebagai seorang isteri...tapi kan xsempat lagi berbuka dan bersahur dengan en suami...huhu...en suami kena outstation...sian kami...heheh...katanya arini nak balik tp tadi kol cakap may b tak jadi balik lagi...uwaaaaaaa....dugaan betui...xpe, bersabarlah wahai hati...suami pergi mencari rezeki buat saya jugak kennnsss...heheh

harap-harap tahun ini dapat la masak untuk en suami waktu berbuka dan bersahur...exited sangat pn isteri ni taw...huhu...aritu da tanya suami nak bangun makan waktu sahur ke x? boleh lak die jawab 'boleh ke awak bangun ni'....ooohhhhoooiiiii, tercabar den ni taw...hehe...InsyaAlllah, mesti boleh sayangku....=)

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak buat semua dan moga ramadhan kali ini membawa seribu makna buat semua ya...

pics credit to google

Thursday 19 July 2012

Popia Pedas & Popia Nestum...Mari mari mari oderrrr....

Salam semua di alam cyber....=)

Sempena dah nak raya ni kan cik Fiza nak bagitaw yang cik Fiza ade jual kerepek tuk raya korang nanti...hehehe...ok ni details nye...ramai2 oder taw...sebab kompemmmm sodappp korang....=)

Popia Pedas & Popia Nestum Cik Fiza

POPIA NESTUM SEMPOI
POPIA PEDAS SEMPOI

RM 6 untuk 250gram
RM 12 untuk 500gram

Untuk tempahan hubungi :

Cik Fiza : 0196990812
Nak oder kat blog ni pun boleh...comment je...=)
Peghantaran percuma untuk kawasan berhampiran SEk 7 Shah Alam...
Nak self pick up pun boleh....

Monday 2 July 2012

final euro 2012...ITALY vs SPAIN

hi korang...
wah, lama kan saya tak bersiaran...huhu...sebabnya kena demam panas hampir 2 minggu...nanti la kita cerita tentang itu...sebab malam ni nak story tentang final euro...

mesti ramai yang tengok game malam ni kan...aku kompom tengok sebab team kesayangan aku dari dahulu hingga kini yang main...team italy la korang...huhu...bertambah tambah semangat nak tengok adalah sebab en suami sokong spain...so, boleh la gaduh gaduh malam ni...hahaha...kami tengok berdua je malam ni....

mintak mintak la mata aku dapat bertahan sampai abis game...sebab da lama aku tak berjaga sampai lewat lewat pagi ni...kalau zaman single mingle dulu boleh la...hehe...xpa, ngantok sangat satg kita minum nescafe la jawabnye...huhu...adoiiii, xsabar lak nk tengok game ni...esok g keja bermata panda la jawabnya...hahah...

apa pun go go go azzuri...ITALY mesti menang nye...tapi kan mata aku ni cam susah dah nak celik luas luas ni...ooiiitttt, game pun tak start lagi ni...haha...ok2 chiow dulu la yea nak g buat nescafe kawwww punye...biar kita tak tdoq sampai pagi...