Dengan jelas dinyatakan bahawa Kematian itu pasti...kematian harus dihadapi oleh setiap insan yang hidup di muka bumi Allah ini...ia merupakan suatu pengakhiran yang wajar dan nyata....Abang iparku telah kembali ke rahmatullah pada 10 Julai 2012 lebih kurang pukul 10lebih pagi...
Buat kakak ku, bersamalah kita bersabar dalam menempuh ujian ini...pasti sukar buatmu untuk melalui hari-hari yang akan datang tanpa teman istemewa/suami di sisi....tapi ketahuilah bahawa dia sentiasa bersamamu...kakak ku kau telah melakukuan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang terbaik sehingga akhir hayat suamimu...pasti suamimu bersyukur mempunyai isteri sepertimu walaupun terpaksa meninggalkan mu didunia ini...sekarang hanya doa yang perlu kau hadiahkan buat suamimu agar ia tenang dan aman disana...doakan lah semoga kalian bertemu di alam yang kekal nanti....
Buat adik, kakak dan mak abang iparku,
tabahkan lah hati kalian untuk meneruskan kehidupan ini...ku tahu ujian ini agak berat buat kalian...tetapi ketahuilah bahawa pasti ada yang lebih baik yang telah dirancang oleh Nya buat kalian...bersama samalah kita teruskan segala usaha yang ditinggal kan oleh arwah...jagalah kakak ku seperti kalian menjaga abang kalian...kita umpama sebuah keluarga dari dahulu hingga akhir...
Semoga roh abang ipar tenang dan aman di alam sana yang pasti kekal abadi...Ketahuilah walaupun amat sukar bagi kami untuk menhadapinya tapi doa kami akan sentiasa bersama kamu...kenangan bersama kamu akan kami kenang sampai akhir hayat...apa yang telah dirancang dan diatur oleh Nya adalah yang terbaik buat semua...moga tuhan tabahkan hati kami semua untuk menempuh ujian ini....Minta jasa baik teman-teman sekalian sedekahkan Al-Fatihah dan doa buat arwah....
kisah penuh arwah...http://polkadotfiza.blogspot.com/2012/06/abg-ipar-di-icu.html
No comments:
Post a Comment
Thanks for droppin' the comments.