ChurpChurp

Nuffnang ads

Wednesday, 7 November 2012

Kisah Seram :: Balik Kampung

Balik kampung..

"Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz.... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni...". "Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......" "tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya...... 

"emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh. Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung "emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Aziz terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib......" namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya "aaaarghhhh.......ngarut jer...mana ader hantu .... sekarang ni zaman internet jer ...sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... 

Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya...... "Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semangkin hampir.......,dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. "orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. 

Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... " segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta..."terima kasih nak" kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........

 "aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar...... "sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula......."yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya..... 

"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!" tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz. "hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii.........." mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....





















    "ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!" HE HE HE

Monday, 5 November 2012

Kebaikan Yogurt

Salam...
hari-hari mesti makan ni...lazat....=)...pic pinjam dr en google
Rasanya kebanyakan rakyat Malaysia tidak gemar untuk memakan yogurt...lagi-lagi kita yang tinggal dekat kampung kan...bukan nye ape maybe sebab dari kecil lagi ibu bapa kita jarang mendedahkan kita dengan makanan ni...macam mana dieorang nak mendedahkan dekat kita kalau dieorang pun tak tahu kebaikan nye...hehe...kalau dekat negara luar kebanyakan makanan harian dieorang mesti mengandungi yogurt...saya perasan sebab selalu tengok channel AFC...=)

Mari sama-sama kita baca ape kebaikan mengamalkan makan yogurt nie...=)

1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  

2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). 

4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. 

7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

Saya dulu pun tak suka makan yogurt ni sebab rasanya masam...tapi entah bila mula suka makan saya pun tak ingat...sekarang kalau boleh hari-hari nak kena makan...suka jenama Marigold dengan Nestle...perisa buah-buahan....yang asli tak sokaaa, masam sangat...heheh...bila dah hari-hari rasa nak makan saya terfikir jugak kesannye...takut la pulak kalau selalu makan tak elok pulak kan...tapi hasil saya menggoogle rupanya yogurt ni banyak kebaikan nye seperti yang saya kongsikan dekat atas...tenang rasa hati sebab boleh makan hari-hari...haha...

Kalau dah memang tak boleh sangat nak telan yogurt ni kita boleh masukkan dalam masakan atau buat salad buah buahan...kena cuba dulu baru tahu ape pilihan tekak kita...hehe...so, ape lagi mari la semua kita jadikan yogurt makanan amalan harian kita...banyak kebaikan nye kan dan semestinya boleh kuwussss....=)

Sunday, 4 November 2012

Resepi :: Nasi Lemak

Salam...

Selamat berhujung minggu semua...weekend ni saya dan en suami tak kuar g mana-mana pun...asyik hujan je tu yang malas nak kuar...kuar lunch je...minggu ni mood en suami nak makan kat luar aje...so, pn isteri dia ni syok la sebab tak payah masak...huhu...sekali sekala apa salahnye kan...=)

Enty ni saya nak kongsi resepi nasi lemak ibunda saya...lepas je kawen en suami asyik la suruh saya buat nasi lemak...masa tu saya tak pandai lagi masak-memasak ni...lepas menuntut resepi dari mak saya baru saya berani nak masak sendiri...bukan ape takut bab nak masak nasi lemak tu...takut nasi mentah or terlebih santan ke...huhu

Tapi tak pe, sekarang saya dah terror masak nasi lemak taw...sebab selalu sangat buat kot...nasi lemak ni antara makanan favourite kami gak...lepas ni boleh la saya try masak nasi lain lak...=)

Bahan untuk nasi lemak::
Beras 3 cawan
Santan 1 kotak kecil (250 ml)
Air 3 cawan
Garam
Bawang merah 2 ulas **
Bawang putih 2 ulas **
Halia  1 inci **
Bahan tumis (bunga lawang, kulit kayu manis dan kawan-kawannya)

Cara-cara:: 
 - Hiris halus bahan bertanda **
 - Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan hirisan, bunga lawang dan kawan-kawannya...
 - Tumis sampai naik bau kemudian tutup api...
macam ni rupanya bila kita tumis bawang semua...
 - Kemudian masukkan beras yang sudah dicuci, santan,air dan secubit garam...kacau sedikit...
   kalau nak nasi lemak berwarna boleh masukkan sedikit serbuk kunyit...
 - Masak nasi macam biasa...bila dah mendidih kacau nasi biar sebati...

da siap untuk dimasak...
ni la rupa nasi lemak bila dah siap dimasak...cun kan...heheh
antara lauk yang paling wajib dimakan dengan nasi lemak...
nasi lemak biasa namanye...=)
Emm...senang je kan nak buat nasi lemak ni...buat sendiri rasa sangat puas bila makan...boleh makan banyak pulak tu...hehe...selamat mencuba semua...=)