ChurpChurp

Nuffnang ads

Saturday, 30 July 2011

ramadhan al-mubarak

salam...
selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan buat semua...
semoga dengan kedatangan bulan yg penuh kemuliaan ini dapat kita jalani dengan sempurna...
kedatangannya adalah selepas Rejab dan Syaaban di mana setiap bulan ini mempuyai kelebihan masing2...
antara kelebihan Ramadhan yg dapat kita kongsi bersama...

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita 
    sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini
    menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat
    beribadat dan menurut segala perintahNya. 

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala 
    ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan
    syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas 
    syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, 
    begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita 
    benar-benar bertaubat. 

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada 
    dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah 
    Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun
    percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi 
    tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan 
    minum sahaja. 

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan
       apabila bertemu Allah kelak. 

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan 
      suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. 
credit to: google

No comments:

Post a Comment

Thanks for droppin' the comments.