ChurpChurp

Nuffnang ads

Tuesday 5 March 2013

Inilah Barisan Kita

Salam...

Disaat genting ini kalau dengar lagu ini perasaan sayu dan takut pasti terdetik dihati saya...

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti


Barisan tentera Malaysia yang sedang siap sedia untuk melaksanakan tugas...

Isu pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh Kesultanan Sulu dari selatan Filipina makin meruncing sekarang...pihak penceroboh mahu menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia...lebih dari 100 penceroboh lengkap bersenjata dan bom berada di sana...



Ayuh warga Malaysia mempertahankan negara Malaysia...kita tidak mahu lagi ada warga kita yang terkorban...sama-sama kita berdoa dari jauh moga perwira-perwira negara yang sedang berjuang pulang dengan selamat...kuatkan semangat, azam dan iman kalian demi MALAYSIA tercinta...

Lupakan segala isu terkini yang boleh merosakkan negara kita...marilah kita bersama berganding bahu berjuang untuk keamanan negara kita demi melihat anak bangsa kita terpelihara di masa akan datang...

Pada mereka yang telah berjuang hingga titisan darah terakhir, jasa kalian pasti akan dikenang sampai hujung waktu...hanya doa dapat kami hadiahkan untuk kalian tenang di alam sana...Al fatihah...

No comments:

Post a Comment

Thanks for droppin' the comments.