ChurpChurp

Nuffnang ads

Sunday, 24 February 2013

Resepi Ayam Goreng Berempah

Salam...


Seperti yang dijanjikan hari ni saya nak bagi resepi ayam goreng berempah yang mudah dan lazat...resepi ciptaan sendiri...so, tekak saya cakap sedap la...tekak korang tak tahu la yea...selamat mencuba....=)

Bahan-bahan
6 ketul ayam
2 sudu kecil serbuk kari daging
2 sudu kecil serbuk cili
sedikit serbuk kunyit
sebatang serai *
1/2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
halia 2 inci *
garam
daun kari

bahan bertanda * dimesin halus

Cara-cara
1. campur semua bahan-bahan diatas...
2. pastu korang perap ayam dengan campuran bahan-bahan itu...perap la lebih kurang 1/2 jam
3. goreng dalam minyak panas...
4. bila nampak ayam separuh masak masukkan daun kari...
5. goreng sampai ayam masak...kena rajin balik-balik kan ayam sebab rempah mudah hangus...=)

*** tips nak goreng ayam buka api perlahan je...biar ayam masak secara perlahan...so, ayam tak akan jadi
       kering sangat...sedap nak dimakan...kalau api kuat ayam jadi keras...tak sedap....

No comments:

Post a Comment

Thanks for droppin' the comments.