ChurpChurp

Nuffnang ads

Tuesday 18 December 2012

Didera kekasih ibu???

Salam...

Lagi kes dera melibatkan KEKASIH IBU...dera sampai mati pulak tue...manusia jenis ape ntah la...bukan anak ko kot yang ko nak belasah sampai mati...malah, ko tak de hak langsung nak jentik budak tu...tak de perasaan nak jadi bapak kot mamat jahanam ni...dah tahu buat salah pandai pulak nak berlakon...

Suasana di wad kecemasan HSB kecoh apabila keluarga Faiz berang terhadap lelaki berkenaan yang berpura-pura sakit dengan duduk atas kerusi roda dan mendakwa mangsa maut kerana terjatuh dari tangga bersamanya.

Yang mak nye pun satu...anak dari rahim kau sendiri kot yang kekasih kau dera tu...tak kan tak de perasaan kasih langsung...kau pun dua kali lima jugak...dua-dua hilang akal waras agaknye...

Budak baru 2 tahun ape je la yang die tahu...baru belajar nak kenal dunia...ntah-ntah cakap pun tak berape pandai lagi...kalau die ada buat salah pun, tak perlu la nak dera sampai mati...budak 2 tahun bukan orang cakap budak jahat kalau buat salah tapi orang cakap nakal...ade perbezaan tu...

Ade saya terbaca dekat facebook tadi budak yang kena dera tu Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar rosak pankreas die...badan nye penuh kesan lebam...ntah ape la yang dibuat oleh dua manusia tak berakal tu...

“Setiap kali cucu saya pulang ke rumah, dia pasti mengadu dipukul oleh ibu dan teman lelakinya hingga lebam. Dia sering minta saya mengambilnya cepat setiap kali berada di rumah ibunya. Sebelum ini, saya sudah agak perkara buruk, namun tak upaya menghalang anak saya bertemu anaknya,” katanya ketika ditemui di hospital.

Ibu saudara mangsa, Norhanisha Othman, 23, berkata Faiz pernah mengadu dipukul ibu dan teman lelakinya yang dipanggil Pak Tam beberapa kali sebelum ini, malah setiap kali pulang ke rumah neneknya di Flat Simpang Kuala, di sini ada kesan lebam di seluruh badannya.

Sumber dari Berita Harian...

Apa yang pasti setiap ahli keluarga dan sedara mara harus ada sikap ambil tahu sedikit sebanyak untuk mengelak perkara sebegini berulang lagi...Wallahualam...

Ya Allah, tempatnya pasti di syurga nan abadi....moga rohnya tenang di sana...


 

No comments:

Post a Comment

Thanks for droppin' the comments.