ChurpChurp

Nuffnang ads

Tuesday 11 December 2012

Hentikan Air Mata GAZA

Salam...

Tengah hari tadi lepas makan saya dan en suami g Plaza Alam Sentral (PAS)...en suami nak beli mouse baru...die kalau nak beli barang-barang komputer mesti g sana...bannyak pilihan dan murah katanye...=)

Sampai je dekat dalam tu saya dengar suara perempuan sedang bersajak...sedih je suara die...sibuk saya ajak en suami g dekat bahagian depan pentas nak tengok ape yang ade...rupanya hari ni dekat PAS ada event "Hentikan Air Mata Gaza"...

Patut la ramai je orang...penuh kereta dekat tempat parking...bagus betul rakyat Selangor ni...heheh...event ni mula dari pukul 10am sampai 9.30pm nanti...banyak aktiviti dekat sana...ada adik-adik tengah mewarna dan macam-macam lagi...

Malam pulak ade...
Ceramah
Persembahan Nasyid IN-Team
Tayangan Video
Solidarity Hand Print
Pohon Amal
Pohon Silaturrahim


Remaja-remaja ini sedang bernasyid dan memberi kata-kata semangat untuk kita sama-sama berjuang demi keselamatan dan keamanan Palestin...



Gambar-gambar peperangan dan cerita tentang peperangan di sana dipertontonkan sekitar kawasan ruang pentas ini...saya sempat juga baca...tapi gambar yang ada bayi dan mayat-mayat yang amat meyedihkan saya tak sanggup nak tengok...sedih...


Ini lah POHON SILATURRAHIM...macam-macam kata-kata semangat yang ditulis dan digantung atas pohon ni...ada seorang akak suruh saya tulis sesuatu tapi boleh pulak masa tu saya cakap " tak pe lah kak, saya amek gambar je..." Alahai, sekarang menyesal lak tak tulis tadi...nape la mulut ni p cakap tak nak ntah....aaaaissshhhhhhhhh....tapi idea ni bagi saya sangat menarik...=)

So, ape lagi...cepat ramai-ramai g sana malam nanti...bersama-sama kita rakyat Malaysia memberi sokongan dan sumbangan kepada saudara kita di Palestin sana...Keperitan yang mereka tanggung hanya Allah SWT yang maha mengetahui...kita di sini hanya dapat memberi sumbangan dan berdoa dari jauh moga keperitan itu dapat dikurangkan dan peperangan ini tidak berlaku lagi selepas ini...moga bantuan kita yang ikhlas dan tidak seberapa ini juga dirahmati oleh Nya...Amin Ya Rabbal Alamin....

Antara Keajaiban di Peperangan Gaza

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Sumber dari shalehudin.blogspot

No comments:

Post a Comment

Thanks for droppin' the comments.