Tak sabar nak tunggu drama Sehangat Asmara ni ditayangkan...drama adaptasi dari novel jugak ni...novel pertama saya beli zaman belajar dulu...novel paling saya suka jalan ceritanya...romantik sangat jalan cerita novel ni taw...zaman remaja baca novel ni asyik lah berangan ntah ape-ape...baca buku ni sampai naik lunyai lah...tapi sayang buku ni dah hilang...tak taw dah g mana...huhu...
Apa pun kita tunggu tengok dapat tak drama ni tandingi kehebatan drama Adam dan Hawa...heheh...boleh ke Adi Putra lak ganggu mimpi-mimpi malam saya nanti...sekarang asyik mimpi Aron Aziz je...ngehngehngeh...astagfirullahalazim...saya sedar saya kena mimpi Lokman Ahmad je setiap malam...hahaha
Sinopsis Drama Sehangat Asmara
Cinta pandang pertama
Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan
perkahwinan di London tanpa restu keluarga.
Kebahagiaan mereka
tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji
bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal
tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan
sengsara.
Tanpa diduga, Zainal
muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama
ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal
tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu
lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?
Sungguh tak sabar nak tengok drama ini.........mihmihmih
Sungguh tak sabar nak tengok drama ini.........mihmihmih
No comments:
Post a Comment
Thanks for droppin' the comments.