ChurpChurp

Nuffnang ads

Tuesday, 15 January 2013

Senggugut

Salam...

Me is MC today...huhu...sebabnye seperti tajuk diatas tu lah...senggugut...rasanya tak semua tahu apa tu senggugut...ala, bahasa lain ialah period pain...penyakit yang dihadapi oleh sebahagian dari wanita...rasanya sangat lah 'nikmat'...huhu...sakit taw...moga setiap kali datang sakit tu gugurlah dosa kita semua....=)

Apa itu senggugut???

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai dibawah.
 
Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut bolih menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.
 
Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

nak tahu lebih baca kat sini... 

Dari pengalaman, saya rasa artikel dekat atas ni ada benar nya...sebelum kawen saya selalu juga kena penyakit senggugut ni...tapi lebih kurang 2 bulan lepas kawen sakit senggugut ni terus hilang...setiap kali datang period dah tak rasa ape-ape lagi...

Tapi lepas je saya operation bulan 9 haritu, bulan seterusnya saya datang period sakit sangat...senggugut tu datang balik...tadi saya tanya doktor kenapa boleh sakit senggugut balik...die cakap sebab masa operation maybe ade kuman sedikit dekat kawasan yang kena operate tu...so, sebab tu sekarang bila period saya senggugut semula...tapi dia kata tunggu lagi 2, 3 bulan sakit senggugut tu akan hilang...mintak-mintak betul la cakap doktor ni...sakit la setiap bulan kena senggugut...=( 

Pastu saya tanya doktor tu lagi macam mana nak hilangkan senggugut ni...dia cakap tak de ubat yang khas untuk sakit senggugut ni...cadangan pertama dia cakap boleh cuba makan Evening Primerose Oil...tapi katanya antara 100 pesakit yang makan maybe hanya 20 orang je yang berkesan...sebab kandungan ape ntah dalam badan kita semua tak sama antara satu sama lain...so, die cakap nak try boleh tak nak pun tak pe...sebab ade je yang makan tapi tak de perubahan jugak...

Cadangan kedua dia suruh makan ubat tahan sakit sehari sebelum datang period...waktu kita rasa sakit sikit-sikit tu cepat makan ubat tahan sakit...so nanti takde la rasa sakit sangat...saya tanya jugak, kalau selalu makan ubat tahan sakit tak de ape-ape kesan negetif ke...doktor cakap toksik dalam makanan yang awak makan seharian lagi banyak dari toksik yang ada dalam ubat tahan sakit ni...bukan ape, saya seorang yang tak suka makan ubat...takuttt...huhu

Saya kalau senggugut jarang makan ubat...kalau boleh tahan je sakit tu...sapu minyak panas dekat perut pun boleh kurangkan rasa sakit...kalau dekat rumah mak saya bakarkan batu pastu tuam dekat perut, best sangat...paling baik kalau boleh tidur...bangun dari tidur mesti ok sikit...tapi kalau kena masa keje sangat tak selesa...nak buat keje pun tak boleh...kena duduk dalam air cond yang sejuk lagi tak boleh tahan...tu yang kadang-kadang terpaksa MC...tak pun malas g klinik EL je la...

Antara penyebab sakit senggugut
  • Pengambilan kafin tinggi
  • Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
  • Peningkatan usia
  • Sejarah kemurungan
  • Penggunaan tembakau
  • Sejarah keluarga
  • Faktor permakanan (Aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E)
Kalau saya may be sebab Sejarah keluarga kot...semua adik beradik perempuan saya senggugut...mak saya dulu pun sama...mak saya cakap lepas die bersalin anak no 3 dari 7 orang anak baru penyakit senggugut dia hilang...mak saya senggugut lagi teruk...setiap kali datang period muntah hijau dan seharian kena baring...adik beradik saya tak de la pulak sampai macam tu...

Entah la, jadi seorang perempuan ni bukan senang...macam-macam penyakit mudah dapat...tapi istemewanya kita telah di anugerahkan dengan banyak organ istemewa yang tak de pada orang lelaki...hebatkan wanita...apa pun yang pasti tak de peyakit dalam dunia ini yang tiada ubatnya...asal kita usaha, tawakal dan berdoa pasti ada ubatnya...=)

muka perempuan yang asyik sakit je...huhu

3 comments:

  1. Sakit perut sampai effect kt usus besar lagi lah, nak ke tandas je sampai sejuk-sejuk kaki tangan menggeletar...apelah nasib.

    ReplyDelete
  2. senggugut boleh mengakibatkan mandul ke?

    ReplyDelete
  3. sy dulu sama lah senggugut teruk sgt2.. lps kawin alhmdllh ok..tp ada juga time2 tu dtg balik.. dan skrg sy bebas senggugut dgn Gla.. jom baca sharing sy pulak tentang senggugut kat sini Senggugut dan wanita mana tahu dapat membantu.. ;-)

    ReplyDelete

Thanks for droppin' the comments.