ChurpChurp

Nuffnang ads

Wednesday, 2 January 2013

...Welcome 2013...

Salam...



Selamat Tahun Baru 2013 untuk semua...=) Entry pertama di tahun baru...Setiap kali masuk je tahun baru mesti semua orang terpikir tentang azam baru...walaupun azam lama tak tertunai tapi mesti nak fikir jugak azam untuk tahun baru ni kan...huhu

Sama la dengan ahkak ni...setiap kali masuk tahun baru je berjela-jela panjang list azam baru...tapi azam yang tahun lepas banyak lagi tak tercapai...hehe...ini lah dinamakan manusia yang normal kan...hahah...sesiapa yang azam nye setiap tahun tertunai tu tak normal lah namanye...eheee

Azam utama untuk tahun ini macam biasa la untuk memperbaiki diri ini untuk lebih sempurna dalam segala segi dunia dan akhirat...=)

Tahun ini juga berazam untuk berusaha menambah rezeki samaada dari segi wang ringgit atau sebaliknya...maksudnya nak ade zuriat...kena usaha lebih sikit this year...=) Pastu nak cari kerja yang lebih syok dan menjamin masa depan...

Azam yang setiap tahun masih bertahan dalam list ialah nak kuruskan badan...haha...tahun ni rasanya mesti menjadi kot sebab ada pengkritik tetap iaitu en suami terchenta saya...moga dia menjadi pembakar semangat saya untuk merealisasikan azam ini...sama-sama kita kurus yea sayang...hehe

Kalau la nak senaraikan semua azam saya dekat sini mau panjang berjela...ape pun harap semua azam ni menjadi pembakar semangat saya untuk menempuh hidup dalam tahun 2013 ini...

Mudahan dipermudah kan oleh Allah SWT segala azam saya ni...Amin...

Setiap manusia harus mempunyai azam baru untuk mempertingkatkan semangat menempuh kehidupan seharian...percayalah walau besar atau kecil azam kita mesti kita akan berusaha sedikit untuk melaksanakannya....=)



No comments:

Post a Comment

Thanks for droppin' the comments.